Skip to main content

ASHELF@FOI

ASEAN Higher Education Leadership Forum 2025 (ASHELF)

ASHELF dilaksanakan seiring dengan kepengerusian ASEAN pada tahun 2025. ASHELF dirancang atas semangat bahawa institusi pendidikan tinggi (IPT) mesti mempunyai kepimpinan yang berpandangan jauh, tangkas, bersemangat, autentik, inovatif, dan berdaya tahan. Dalam era yang begitu dinamik masa kini, para pemimpin IPT bukan sahaja dituntut untuk memacu transformasi dalam institusi masing-masing, malah juga untuk membentuk kerjasama yang bermakna merentasi sempadan.

ASHELF mengetengahkan enam (6) tujahan utama sepanjang dua (2) hari penganjuran program iaitu Teaching & Learning, Research & Innovation, Young Academics, Planetary Health, Artificial Intelligence dan Technology & Vocational.

Objektif ASHELF adalah seperti berikut;

  1. Menyediakan platform kerjasama untuk pemimpin IPT ASEAN, ahli akademik dan pemegang taruh bagi berdialog mengenai isu semasa, cabaran dan peluang dalam enam kluster tematik;
  2. Memperkasakan integrasi prinsip Diversity, Equity, Inclusion, and Belonging (DEIB) ke dalam pembangunan strategik IPT di ASEAN, agar selari dengan semangat Joint Declaration on the Common Space in Southeast Asian Higher Education (the Common Space);
  3. Menyumbang kepada pelaksanaan Common Space Road Map dengan mengenal pasti strategi dan inisiatif praktikal yang menyokong transformasi pendidikan tinggi serantau; dan
  4. Memacu kerjasama rentas sektor dan perkongsian strategik antara IPT, industri, pembuat dasar dan badan serantau bagi merangsang daya saing, inovasi dan pertumbuhan mampan.

Keberhasilan penganjuran ASHELF adalah untuk menyumbang kepada pelaksanaan the Common Space Roadmap 2026–2030. Pelaksanaan ASHELF ini melibatkan peserta dan penceramah dari negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Cambodia, Singapura, Indonesia, Brunei, Timor-Leste dan Vietnam.