Objektif Festival Idea Putrajaya
Putrajaya sebagai City of Ideas
Putrajaya FOI 2024 menjadi platform dan tumpuan bagi pengumpulan aktiviti perkongsian kearifan, kepakaran dan penjanaan idea
Menyediakan Wadah Keilmuan
Menyediakan wadah keilmuan bagi menjana idea baharu dikalangan industri - masyarakat - akademia mengenai cabaran isu semasa dan penyelesaiannya
Peluang Kerjaya & Kemahiran Baharu
Menyediakan ruang kepada orang awam, pelajar, industri dalam meningkatkan kemahiran ilmu baharu, peluang pekerjaan dan perkhidmatan perundingan IPT.
Peluang Berinovasi
Membuka peluang bagi perniagaan tempatan untuk berkembang dan berinovasi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan
Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi
Pemangkin untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan terutamanya dalam sektor teknologi dan inovasi melalui penglibatan usahawan, pelabur dan syarikat pemula (start up)
Peluang Akses Pendidikan Tinggi
Peningkatan kesedaran awam mengenai peluang untuk akses pendidikan tinggi kepada setiap peringkat usia dan pelbagai saluran yang ada.
Meningkatkan Daya Saing Negara
Global Innovation Index (Malaysia ke-36)
World Competitiveness Ranking 2024 (Malaysia ke-34 dalam dunia, ke-4 dalam ASEAN)
World Competitiveness Ranking 2024 (Malaysia ke-34 dalam dunia, ke-4 dalam ASEAN)
Memupuk Kesedaran Sosial
Penglibatan masyarakat dalam perbincangan dan aktiviti interaktif dapat memupuk kesedaran sosial dan tanggung jawab bersama dalam kalangan rakyat.